Friday, January 7, 2011

~ sAyA bAnKrAp ~

saya di dalam dilema sekarang. ya. dilema. dilema kewangan.

ini gara-gara kereta a.k.a bumbleBEE saya. lepas dah habis rm300 beli satu 'barang keperluan', sekarang kereta nak bermanja-manja pula. oh, sebut pasal 'barang keperluan', nanti saya ceritakan. next post ok.hehe.
berbalik pada topik sebenar, selepas ditolak segala keperluan makanan, keperluan buku, dan kepeluan minyak hitam kereta, saya berada dalam kondisi yang amat berjimat. sampai nak shopping pun kena tahan nafsu yg berkobar-kobar. nak dating lagi lah kena bersabar, walaupun kadang-kadang tak sabar jugak sebenarnya.

alkisahnya, kereta tersebut sudah lanjut usianya dan enjinnye tetiba taknak hidup pulak. nak cakap tak cukup minum, minyak ada lagi. nie semua gara-gara minyak naik, kereta tu pun nk protes jugak kan. ada kaitan ke? selepas diteliti dari setiap penjuru dan bertanya pada yang pakar, sudah dipastikan bateri kereta ada masalah.
ingatkan lepas recharge, boleh start dah. sekali kena tukar baru daaa ~ ingatkan murah je. memang berangan lah. approximate rm120 -rm150 utk harga bateri tu.haish. memang menduga betul kalau pasal maintenance bumbleBEE nie. so, terpaksa lah lebih kental menahan segala nafsu dan keinginan untuk berbelanja. so, sesiapa yang nak membuat amal, derma anda amat dialukan ;)

1 comment:

tirramishyu. said...

GILE BENGONG BUAT AYAT LAST SEKALI GTU. KALAU ******** BACA KENA BOO GTU JEA AWAK. HOHO