Sunday, September 22, 2013

~ Untuk Kita ~

Kawan, 

Masihkah kau ingat pada waktu perkenalan kita. Masihkah kau terfikir di mana bemulanya keakraban kita. Masihkah kau ingat ia menjadi mimpi,menjadi rindu. Masihkan kau ingat tiap memori kita. Masihkah kau ingat kita menggamit saat terbenamnya matahari lalu malam melabuhkan tirai dan kita luahkan bersama. Di saat sesi mengenang nasib hidup, kita sering tertanya, apakah ada insan yang akan menyukai kita, yang akan bersabar dengan kegilaan kita, yang akan menyayangi kita dan tetap rindu bila kita tiada kelak. 

Dan aku terfikir, memang aku tidak pasti apa yang Tuhan hidang untuk aku esok - esok. Dan aku tidak pasti hidup berdua itu bagaimana sebenar - benarnya. Tapi dalam tiap senyum, tiap gelak, tiap tangis, tiap marah, tiap sakit, tiap payah, aku mahu dengan dia. Kalau hidup ini sial, biar aku lapah sial itu dengan dia. Kalau aku jadi buruk, biar aku jadi buruk dengan dia. Kalau dia banyak kerenah, biar aku yang hadap kerenah dia. Kalau aku mahu kongsi segalanya dalam hidup, biarlah orang itu adalah dia. Aku tidak pasti tinggi bahagia takat mana tapi dalam tiap - tiap tapak kaki aku memanjat mencarinya. Dan aku juga tidak pasti siapa dia yang dimaksudkan, yang telah ditetapkan jodohnya untuk aku. Apa yang pasti aku mahu dia. Aku juga yakin kau pun berkongsi pendapat yang sama dengan aku bukan?

No comments: